rap

Banyak pencalonan, Nana potensi menang besar

Oleh Rudy Imran Shamsudin

PENYANYI popular Siti Nordiana atau Nana bersyukur apabila menjadi pilihan peminat sebagai lima calon popular untuk lima kategori utama Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 (ABPBH 32), yang diumumkan di Hotel Tamu di sini, hari ini.

Jelas Nana sewaktu ditemui di sidang media pengumuman Top 5 ABPBH32, dia tidak menyangka namanya top 5 dalam hampir semua pencalonan awal.

“Tak sangka kerana calon lain hebat-hebat belaka. Saya berterima kasih atas sokongan yang diberikan peminat terhadap kerjaya seni saya,” katanya.

Nana dicalonkan dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular, Penyanyi Wanita Popular, Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular, Artis Versatil Popular dan Pengacara TV Popular.

Ditanya mengenai dominasi pencalonan awal menjadi petanda dia bakal memenangi anugerah Artis Paling Popular tahun ini, Nana berkata, dia tidak meletak harapan tinggi.

“Kalau hendak diukur kemenangan berdasarkan pencalonan, masih ada artis lain menerima pencalonan yang banyak. Termasuklah anugerah bagi kategori online, “ katanya.

Pesaing terdekat Nana ialah Mira Filzah yang menerima empat pencalonan bagi kategori utama.

Mira dicalonkan peminatnya menerusi kategori Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Wanita Popular, Artis Versatil Popular dan Pengacara TV Popular.

Nana dan Mira turut dicalonkan untuk beberapa kategori bagi Anugerah Online.

Mira dicalonkan bagi kategori Gandingan Serasi Drama Popular menerusi dua drama, Lelaki Kiriman Tuhan dan Pujaan Hati Kanda juga Gandingan Serasi Filem Popular menerusi filem Rise Ini Kalilah.

Nana pula dicalonkan dlam kategori Lagu Paling Boom untuk kategori online.

Disiarkan pada: August 16, 2019 @ 7:10pm
d