rap

Didie & Friends perkenalkan ubat gigi Leroselle Kids

Oleh Syafil Syazwan Jefri

USAHA SAMA jenama Didi & Friends dan produk penjagaan gigi serta mulut kanak-kanak, Leroselle Kids keluaran syarikat Al-Faiz Holdings membuahkan hasil yang sangat memberangsangkan apabila diterima baik golongan sasaran.

Pengerusi Kumpulan Al-Faiz Holdings, Datuk Azhar Md Yusoff berkata, Didi & Friends banyak memainkan peranan dalam memperkenalkan jenama ubat gigi itu apabila ia dilancarkan tahun ini.

“Meski Leroselle Kids baru dilancarkan tahun ini, testimoninya sudah dijalankan sejak tiga tahun lalu.

“Kami akan bersama Didi & Friends di setiap acara yang membabitkan mereka bagi mempromosikan Leroselle Kids dan mereka juga banyak membantu dalam rangka promosi,” katanya.

Azhar yang ditemui di Konsert Hora Horey Live! Didi & Friends berkata, pihaknya mahu mengukuhkan lagi jenama itu sebagai produk halal dan boleh digunakan tanpa was-was.

“Ibu bapa tidak perlu risau apabila menggunakan produk keluaran kami kerana ia halal dan bagus untuk penjagaan gigi anak mereka,” katanya.

Leroselle Kids adalah ubat gigi tanpa florida yang baik untuk gusi dan gigi kanak-kanak serta dihasilkan daripada bahan-bahan asli.

“Sebelum Leroselle Kids dikeluarkan, kami lakukan kajian di Paris dan Tokyo. Hasil kajian itu dibawa pulang untuk menghasilkan ubat gigi ini di kilang kami yang terletak di Alor Setar,” katanya.

Menurut Azhar lagi, ubat gigi Leroselle Kids sudah dijual di farmasi Guardian sejak dua minggu lalu manakala Watsons pula enam bulan lepas.

Leroselle Kids hadir dalam lima perisa iaitu epal, oren, bubble gum, anggur dan strawberi. Di masa akan datang, rangkaian jenama Leroselle Kids akan hadir dengan syampu, sabun mandi serta losyen badan sesuai untuk kanak-kanak.

Konsert Hora Horey Live! Didi & Friends berlangsung di Quill City Convention Center, Kuala Lumpur sejak 15 Ogos lalu dan akan melabuhkan tirai esok.

Disiarkan pada: August 17, 2019 @ 6:22pm
d