rap

Bront makin laris di Indonesia

Oleh Cik Pang

PEMBABITAN Bront Palarae dalam industri perfileman Indonesia semakin membuahkan hasil.

Walaupun pada awalnya hanya muncul sebagai pelakon pembantu, bakat lakonan Bront kian mendapat perhatian pengarah dan penerbit filem di sana.

Terbaru, Bront muncul dalam filem adiwira Gundala membawakan watak Pengkor iaitu watak utama dalam filem yang diadaptasi daripada komik adiwira berkenaan.

Bukan saja Bront, filem arahan Joko Anwar turut menampilkan pelakon hebat Indonesia seperti Abimana Aryasatya, Tara Basro, Ario Bayu, Luqman Sardi dan ramai lagi.

Apa yang menarik, watak Pengkor menjadi ‘trending’ di Twitter sejak filem itu ditayangkan pada 29 Ogos lalu.

Sejak ditayangkan, Gundala sudah ditonton lebih sejuta penonton.

Lebih membanggakan, filem itu bakal ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto pada 11 September ini.

Cik Pang ucapkan syabas dan tahniah buat Bront kerana berjaya melebarkan bakat di negara seberang dan diterima baik di sana.

Satu perkara Cik Pang nak puji mengenai Bront dia tak perlu nak canang satu dunia akan berlakon di Indonesia. Apabila sudah berhasil, baru dia berkongsi.

Berbeza dengan segelintir pelakon lain, mereka hanya main cakap saja tapi habuk pun tak ada.

Disiarkan pada: September 8, 2019 @ 8:15am
d