rap

Jangan cepat melatah, sepatutnya ambil peluang

Oleh Syafil Syazwan Jefri

PENYANYI, Black Hanifah mengulas mengenai komen balas yang ditulis oleh artis baru, Haneesya Hanee di Instagramnya selepas penyanyi lagu Sofea Jane itu memuat naik kenyataan yang ditulis oleh satu portal berita hiburan.

Menurut Black, 32, dia memuji tindakan Haneesya yang terkesan dengan komennya mengenai warna kulit itu.

"Awal-awal dulu, dia pernah cakap, orang berkulit gelap tak perlu risau nak pakai apa juga warna pakaian.

“Tapi, tiba-tiba, ada pula beberapa kenyataan di Twitter yang mengatakan, dia sedang 'panas' kerana orang cakap dia hitam. Padahal, itu adalah keunikan dia.

"Baguslah kalau dia perasan apa yang saya cakap. Pada pendapat saya, saya cuma nak berikan kesedaran kepada dia. Dia perlu ingat, kerana warna kulit itulah nama dia diingati. Kalau tidak, dia bukan sesiapa," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Black, tujuannya memuat naik paparan skrin mengenai komen terhadap warna kulit itu adalah supaya membuka mata banyak pihak.

"Apa yang saya cuba beritahu melalui muat naik itu adalah supaya orang lain buka mata dan tak perlu ada lagi ejekan terhadap mereka yang berkulit gelap. Di Malaysia pun, ramai orang yang berkulit gelap," katanya.

Katanya, Haneesya sepatutnya mengambil peluang ketika namanya sedang memuncak dan digunakan sebaik mungkin.

"Jangan cepat melatah. Dia sepatutnya ambil peluang ini supaya orang lebih mengenali namanya. Bila orang bercakap, maknanya orang mula kenal. Lihat dari sudut positif.

"Lebih banyak orang bercakap, lebih banyak publisiti yang dia akan dapat dan inilah masanya untuk buktikan kemampuannya dalam industri seni," katanya.

Di ruangan komen Instagram Black, Haneesya membetulkan kenyataan Black dan menjelaskan bahawa bukan dia yang membuat laporan polis, tetapi, ibunya.

Selain Haneesya, ibunya juga dilihat menggunakan akaun Instagram @haneesyatroopers dan menegur Black yang mengeluarkan kenyataan dengan fakta tidak tepat.

Disiarkan pada: October 3, 2019 @ 5:27pm
d