rap

'Bergurau biar bijak' - Abam Bocey

Oleh Syanty Octavia Amry

PELAWAK Abam Bocey tidak menganggap isu ‘body shaming’ masalah besar jika seseorang itu bijak menggunakannya sebagai bahan lawak. Abam, 30, berkata, sebagai pelawak dia mengakui ‘body shaming’ antara bahan utama untuknya mencari makan.

Malah, boleh dikatakan kebanyakan pelawak menggunakan ‘body shaming’ sebagai pengisian utama ketika mempersembahkan jenaka mereka.

“Sebenarnya, dari dulu lagi ramai pelawak menjadikan ‘body shaming’ sebagai bahan jenaka ketika beraksi di pentas.

“Saya bersama kumpulan Bocey ketika menyertai program realiti Maharaja Lawak Mega 2013 juga melakukan perkara serupa.

“Bagaimanapun, ketika berlawak kami tidak bercakap terus kepada individu yang diperkatakan dan bergurau dengan cara yang bijak,” katanya. Menurut Abam, ‘body shaming’ menjadi isu apabila bergurau secara kasar sehingga tidak sedar apa yang diperkatakan itu memalukan diri sendiri.

“Saya sendiri selalu menjadi mangsa ‘body shaming’ tetapi tidak ambil hati jika orang yang bergurau itu kenal rapat dengan saya,” katanya.

Disiarkan pada: October 11, 2019 @ 6:28pm
d