rap

Hwall tinggalkan The Boyz

Oleh Georgie Joseph

PEMINAT The Boyz pastinya berduka berikutan pengumuman terbaharu mengenai anggotanya, Hwall memutuskan untuk meninggalkan kumpulan itu.

Hwall mengakui keputusan itu sangat berat untuk dibuat, namun perlu memikirkan kebaikan semua pihak.

Menurutnya, dia tidak mahu lagi menyusahkan mereka terutama anggota The Boyz, agensi dan keluarganya.

“Saya sangat sedih dan memohon maaf disebabkan hanya dapat menyampaikan berita ini menerusi tulisan ini. Saya sangat bertuah mendapat sokongan daripada peminat dan paling penting dapat merealisasikan impian bergelar penghibur.

“Sehinggalah saya terpaksa menerima rawatan selepas pembedahan pada bahagian kaki. Ia menjadi beban yang sangat berat untuk saya terus berada di pentas dalam keadaan kurang mengizinkan.

“Dengan pelbagai masalah kesihatan yang saya hadapi, saya meminta berhenti selepas perbincangan panjang bersama keluarga, ahli kumpulan dan agensi,” katanya.

Walaupun reda, Hwall mengakui dia sangat menghargai setiap saat manis yang dikecapnya sepanjang karier seninya.

Baginya, pengalaman itu adalah kenangan paling manis yang akan dikenang sampai bila-bila.

“Saya sangat cintakan pentas dan banyak kenangan serta pengalaman indah saya raih selepas bertemu ramai orang hebat. Saya amat bersyukur dapat merasa semua itu serta pelajari nilai persahabatan dengan semua,” katanya.

Disiarkan pada: October 24, 2019 @ 5:50am
d