rap

Cinta beralih arah?

Oleh Cik Pang

GOSIP percintaan membabitkan pelakon Risteena Munim dengan Isa Khan bukan lagi satu rahsia apabila mereka dikatakan sedang berbahagia menjalani kehidupan sebagai pasangan kekasih.

Meskipun kedua-duanya enggan mengesahkan hubungan yang terjalin, menerusi cerita yang disampaikan sumber Cik Pang serta gambar dan video yang dimuat naik mereka, ia seakan-akan menjawab status hubungan itu.

Terbaharu, mereka dikatakan bakal membuat pengumuman secara rasmi mengenai hubungan mereka bulan ini. Malah gosip ini dikuatkan lagi apabila Isa dikatakan membuat tanda pagar menyatakan dirinya sedang menghitung hari berserta gambar cincin seakan-akan ingin melamar.

Bagaimanapun Cik Pang tertanya-tanya juga, apa sudah jadi dengan berita Risteena dengan ahli perniagaan Ikhwan Khairuddin yang sepatutnya bernikah bulan ini?

Sebelum ini Ikhwan pernah mendedahkan dirinya akan berkahwin dengan Risteena pada bulan ini.

Perkara ini menjadi tanda tanya dan membuatkan Cik Pang berasa keliru. Adakah hubungan Risteena dan Ikhwan sudah berkecai selepas hampir tujuh tahun bercinta. Kemudian, Risteena beralih menyulam bahagia dengan Isa selepas berlakon bersama?

Andai hubungan Risteena dan Ikhwan sudah lama terlerai, Cik Pang rasa perkara ini patut diperjelaskan secara terperinci supaya peminat tidak membuat spekulasi bukan-bukan.

Apapun, siapa sahaja gerangan cinta hati Risteena, Cik Pang tumpang bahagia dan gembira. Jika benarlah gosip yang mendakwa Risteena kini bersama Isa dan tidak lagi bersama Ikhwan, Cik Pang harap Ikhwan bertabah dan anggaplah tiada jodoh. Kita doakan semoga hubungan membabitkan dua pelakon yang kini bertebaran di Internet berjalan dengan baik.

Disiarkan pada: November 3, 2019 @ 5:20am
d