rap

Eizlan dapat tajaan RM2j

Oleh Cik Pang

LAMA bergelar duda, dengarnya pelakon kacak Datuk Seri Eizlan Yusof bakal menamatkan zaman dudanya tidak lama lagi.

Menurut cerita teman Cik Pang, majlis yang akan berlangsung bulan depan mendapat tajaan RM2 juta.

Wow! bertuahnya tuan punya badan, RM2 juta nilai yang sangat besar dan tentu majlisnya nanti gilang-gemilang. Tak mustahil dilabel sebagai ‘wedding of the year’.

Cik Pang yakin Eizlan sendiri pun tidak sangka ada pihak yang sudi menaja sebanyak itu.

Inilah yang dikatakan rezeki. Bak kata pepatah tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu.

Bila orang lain sibuk mendapatkan tajaan sana-sini, berbeza pula dengan Eizlan apabila sudah ada yang sudi menjadi penaja.

Jika dihitung, tarikh pernikahan tidak lama lagi dan Eizlan, kini tentu sibuk melakukan persiapan.

Jika sebelum ini Eizlan pernah menafikan dia mempunyai kekasih dan bakal berkahwin, Cik Pang doakan kali ini semuanya berjalan lancar.

Maklumlah Eizlan pun sudah lama menduda, bekas isteri pun sudah selamat menjadi isteri orang dan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Apapun, Cik Pang doakan semoga semua urusan mahligai bahagia Eizlan akan dipermudahkan dan lancar.

Disiarkan pada: November 10, 2019 @ 7:00am
d