rap

Jun Hyosung buka agensi sendiri

MINAT mendalam terhadap karier seni mendorong penyanyi, Jun Hyosung membuka agensi sendiri selepas kontrak dengan syarikat terdahulu tamat.

Media melaporkan kontrak Jun Hyosung dengan agensi Tommy & Partners Entertainment tidak disambung dan kini penyanyi itu rancak membangunkan agensi sendiri yang diberi nama JHS Entertainment.

Selain itu, Jun Hyosung juga akan kembali sibuk dengan karier nyanyian apabila bakal melancarkan lagu baru berjudul Starlight dalam masa terdekat.

Berita gembira itu dikongsi Jung Hyosung selain memaklumkan lagu itu akan dilancarkan pada 21 November nanti.

Terdahulu, Jun Hyosung dan agensi lamanya sepakat untuk menamatkan pertengkaran mengenai isu kontrak.

Kontroversi mula tercetus apabila kontrak terbabit didakwa tidak sah selain ada beberapa saman difailkan terhadap Jun Hyosung.

Disiarkan pada: November 14, 2019 @ 6:10am
d