rap

Nazrief Nazri selamat diijab kabul

Oleh Ramlah Zainal

PELAKON, Nazrief Nazri, 28, sah bergelar suami kepada model hijab Aizatul Aqma Hamdan, 25, dengan sekali lafaz di Seavoy House, Titiwangsa, jam 6.10 petang hari ini.

Pasangan itu selamat dinikahkan jurunikah Masjid Ibnu Sina, Titiwangsa, Saiful Hamizi.

Pada majlis berkenaan, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin RM80 dan wang hantaran RM15,000.

Pihak lelaki juga menyerahkan tiga dulang hantaran dan berbalas lima daripada pihak perempuan.

Menurut pelakon yang dikenali dalam drama Makmum Yang Paling Aku Cinta itu, dia bersyukur kerana majlis pernikahannya dengan Aizatul berjalan lancar.

“Alhamdulillah, majlis pernikahan berjalan dengan lancar seperti direncanakan.

“Lebih setahun mengenali hati budi, kami juga sepakat mengakhirinya dengan perkara yang wajib iaitu pernikahan seperti dituntut agama,” katanya.

Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 100 tetamu termasuk keluarga dan kenalan rapat.

Terdahulu, Nazrief juga menghantar rombongan merisik Aizatul pada 30 Jun tahun lalu.

Disiarkan pada: November 15, 2019 @ 7:43pm
d