rap

Babak beri kesan mendalam

Oleh HM Digital

SECARA ringkasnya, Midway mengisahkan pertempuran antara Amerika Syarikat (AS) dan Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua di Lautan Pasifik.

Mengangkat karakter Richard ‘Dick’ Best lakonan Ed Skrein sebagai tunjang utama, Midway adalah karya biografi yang diarahkan sutradara Roland Emmerich.

Berbeza dengan karya perang lain, Midway tidak terlalu meleret dengan babak cinta.

Sedikit sebanyak, Midway mengingatkan kepada filem Pearl Harbor yang diterbitkan pada 2001 dan digarap dengan lebih baik lagi.

Babak yang dipaparkan benar-benar meninggalkan kesan, kolaborasi antara lakonan pelakon dan teknologi CGI yang digunakan dalam Midway.

Tidak hanya menunjukkan sisi AS, Midway juga menunjukkan sisi perjuangan tentera Jepun yang cuba sedaya upaya mempertahankan kapal mereka.

Pergerakan dari satu babak ke satu babak boleh dikatakan seimbang dan agak pantas.

Malah, semangat setiap karakter dapat dirasakan penonton.

Di bahagian akhir, turut dipaparkan bagaimana perjalanan setiap karakter selepas peperangan berakhir.

FILEM: Midway

ARAHAN: Roland Emmerich

PELAKON:Ed Skrein, Patrick Wilson, Luke Evans, Aaron Eckhart, Nick Jonas, Mandy Moore, Dennis Quaid, Darren Criss dan Woody Harrelson

GENRE: Aksi & sejarah

TAYANGAN: 7 November 2019

ULASAN: Syafil Syazwan Jefri

Disiarkan pada: November 17, 2019 @ 5:05am
d