rap

Penonton tak akan bosan

Oleh FILEM

FILEM biografi yang baru ditayangkan di pawagam seluruh negara adalah Ford v Ferrari lakonan Matt Damon dan Christian Bale.

Secara ringkas, filem biografi ini mengenai ikon dunia permotoran iaitu Carroll Shelby dan pelumba, Ken Miles yang bergabung tenaga bagi menjuarai acara 24 Hours of Le Mans di Perancis pada 1966.

Kejuaraan mereka juga membuka mata dunia terhadap kemampuan jenama Ford yang mampu menghasilkan kereta berkuasa bukan saja sesuai untuk kegunaan seharian tetapi juga di litar lumba.

Jalan ceritanya tidak terlalu banyak rombakan plot. Mungkin pengarahnya tidak mahu mengubah terlalu banyak fakta.

Namun, drama yang digarap dalam filem ini nampak sesuai.

Dari segi pergerakan naratif pula, ia tidak terlalu perlahan jadi penonton tidak akan bosan.

Drama dan aksinya seimbang. Babak lumba kereta mencuri tumpuan malah pengarah bijak membuatkan penonton terasa seakan-akan berada dalam situasi itu.

Lakonan Damon dan Bale cukup meyakinkan.

Lebih-lebih lagi Bale yang memegang watak Ken Miles, persembahannya sangat ‘hidup’ hinggakan penonton terlupa karakter yang pernah dilakonkannya sebelum ini.

Di Malaysia, filem Ford v Ferrari sudah menemui penonton sejak Khamis lalu.

FILEM: Ford v Ferrari

ARAHAN: James Mangold

PELAKON: Matt Damon, Christian Bale, Jon Bernthal, Caitriona Balfe, Tracy Letts dan Josh Lucas

GENRE: Aksi, biografi & drama

TAYANGAN: 14 November 2019

ULASAN: Syafil Syazwan Jefri

Disiarkan pada: November 17, 2019 @ 5:10am
d