rap

Tunggu majlis hujung bulan - Risteena

Oleh Sudirman Mohd Tahir

PELAKON, Risteena Munim mengambil pendekatan mengunci mulut mengenai desas-desus mengatakan dia bakal berkahwin dalam waktu terdekat ini.

Risteena, 30, atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas berkata, dia berharap peminat akan terus mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“Apa boleh dikatakan, insya-Allah ada majlis hujung bulan ini,” katanya ringkas.

Ditanya sama ada majlis yang bakal berlangsung adalah majlis tunang atau nikah, pelakon drama Playboy Itu Suami Aku sekali lagi enggan berkongsi lanjut.

“Rahsia. Tunggu saja nanti,” katanya.

Sementara itu, di Instagram (IG) pelakon dan penyanyi, Isa Khan yang dikatakan sebagai kekasih Risteena memuat naik keterangan gambar seolah-olah sesuatu bakal berlangsung.

“Sudah pasti tidak sesingkat ini cerita cinta aku, untuk memiliki kamu setelah menyebut kamu dalam doa aku.

“Ada banyak cerita, ada banyak usaha, ada banyak alasan diri untuk kamu cintai. Ada keseriusan, ada keberanian, ada keyakinan untuk menyatukan cinta.

“Tidak hanya banyak merayu, namun akan berani aku menghalalkan kamu di pelaminan. Barakallah,” tulisnya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan Isa adalah lelaki misteri yang muncul di beberapa hantaran IG Risteena baik dalam bentuk gambar atau video.

Disiarkan pada: November 19, 2019 @ 4:30pm
d