rap

Apahal semua hitam ni Wanns

Oleh Syafil Syazwan Jefri

PELAKON dan penyanyi, Wanns Ahmad menimbulkan tanda tanya ramai terutama peminat yang juga pengikutnya di Instagram kerana memuat naik imej berwarna hitam dan beberapa video yang mencurigakan.

Tindakannya itu sekali gus membuatkan lebih 55,000 pengikutnya menganggap dia kini menjadi pengikut gerakan Iluminati. Wanns ketika dihubungi enggan mengulas lanjut dan memaklumkan, dia masih berpegang dengan agama.

"Saya okey. Saya tahu halal haram dan berpegang dengan agama. 'Raja Akhir' akan datang," katanya kepada Harian Metro.

Muat naik yang dikongsikan di beberapa platform laman sosialnya menunjukkan warna hitam dan ada beberapa video mencurigakan, sekali gus mengundang spekulasi peminatnya.

Di ruangan komen, rata-rata mengecam tindakannya dan ada yang menasihatinya supaya kembali ke jalan Allah.

Ada juga yang menganggap itu adalah strategi pemasaran semata-mata untuk mencuri perhatian.

Wanns mula dikenali menerusi single Terus Mencintaimu dan pernah membintangi telefilem berjudul Khalifahkah Aku di TV3.

Disiarkan pada: November 28, 2019 @ 5:17pm
d