rap

Mahligai cinta Eizlan Yusof dan Natasha Rosa [METROTV]

Oleh Norhayati Nordin

Eizlan atau nama sebenarnya Idris Mohd Yusof dan Datin Seri Natasha Rosa selamat dinikahkan jam 3.28 petang dengan sekali lafaz.

Pasangan sejoli itu dinikahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) Persekutuan, Mohd Ajib Ismail dengan disaksikan kira-kira 100 tetamu termasuk ahli keluarga, rakan-rakan terdekat dan pegawai tetap serta bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Dalam majlis pernikahan itu, Natasha menerima mas kahwin RM80, sebentuk cincin berlian dan wang hantaran RM12,121.90.

Natasha berketurunan Serani yang memeluk Islam pada Ogos tahun lalu turut menerima tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang.

Eizlan berkata, banyak elemen kejutan untuk majlis perkahwinannya kali ini.

"Saya sangat terharu dengan sokongan diberikan rakan-rakan yang sudi menjadikan majlis ini lebih meriah.

"Apapun, saya bersyukur segala urusan pernikahan berjalan lancar mengikut perancangan," katanya.

Eizlan berkata, semoga perkahwinannya kali ini bersama isteri akan berkekalan dan berterima kasih di atas semua doa.

Sebelum ini, Eizlan pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Vie Shantie Khan pada 2007. Namun, perkahwinan mereka hanya bertahan lapan tahun.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zara, 11, Zareef Yusof, 9, dan Vie Zaara, 6.

Sementara itu, majlis resepsi Eizlan dan Natasha akan diadakan esok di Ballroom, Boraombak Marina Putrajaya.

Disiarkan pada: December 12, 2019 @ 4:16pm
d