rap

Zara kini bebas

Oleh Sudirman Mohd Tahir

PELAKON popular Zara Zya enggan mengulas lanjut mengenai kisah putus tunang dengan pelakon Hafreez Adam.

Zara, 34, atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin ketika dihubungi berkata, dia menganggap apa yang berlaku itu sebagai tiada jodoh.

“Tidak mengapa. Sudah tiada jodoh. Terima kasih atas doanya.

“Selebihnya saya tidak mahu komen,” katanya ringkas.

Terdahulu, Hafreez mengakui tidak lagi mengikuti Zara di Instagram sebelum mengesahkan sudah putus tunang sejak bulan lalu.

Lebih mengejutkan apabila ikatan pertunangan dua pelakon drama Mona Lisa itu hanya bertahan sebulan selepas bertunang pada 12 Oktober lalu.

Hafreez dalam kenyataannya dengan Harian Metro menyifatkan putus tunang adalah yang terbaik buat mereka.

Malah, Hafreez juga menolak kehadiran orang ketiga adalah punca perpisahan dan enggan sebarang spekulasi ditimbulkan.

Pasangan itu mula rapat dan bercinta pada 2017 ketika sama-sama menjayakan drama Mona Lisa yang ditayangkan di Astro Prima.

Disiarkan pada: December 15, 2019 @ 12:06pm
d