rap

Konsert Repvblik batal

Oleh Najiy Jefri

KONSERT Repvblik and Friends yang bakal diadakan kumpulan popular Indonesia itu di Kuala Lumpur pada Rabu ini dibatalkan.

Penganjur A Loud Nation berkata, konsert terbabit terpaksa dibatalkan susulan beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

"Dengan rendah hati, kami di A Loud Nation ingin memaklumkan bahawa Konsert Repvblik & Friends Malaysia Tour 2019 yang akan diadakan di KL Live Kuala Lumpur pada 20 Disember ini dibatalkan.

"Ini adalah kerana beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Kepada pembeli tiket konsert, proses bayaran balik akan bermula minggu hadapan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pihaknya turut memohon maaf kepada semua pihak kerana bersabar dan menunggu penjelasan rasmi daripada penganjur.

Kumpulan yang popular dengan lagu Sandiwara Cinta dan Selimut Tetangga itu dianggotai Ruri selaku vokalis, Hexa (gitar), Lavy (bass), Ei (gitar), Tyar (keyboard) dan Alif (dram).

Sepatutnya konsert terbabit bakal menyaksikan persembahan penyanyi Andmesh yang terkenal dengan lagu Cinta Luar Biasa dan Floor 88.

Disiarkan pada: December 16, 2019 @ 6:29pm
d