rap

Noorkhiriah 'mangsa scam' projek umrah

Oleh Cik Pang

CEPAT benar masa berlalu. Minggu depan tahun 2020 pun sudah menjelma dan ramai juga rakan Cik Pang berkongsi peringatan lebih bijak dalam berbelanja.

Keadaan ekonomi negara dijangka kurang baik dan mencabar kata mereka.

Namun, Cik Pang melihat positif dengan konsep hidup perlu diteruskan.

Apapun, Cik Pang lebih tertarik cerita dikongsi seorang rakan yang katanya pelakon Noorkhiriah menjadi ‘mangsa scam’ dalam satu projek umrah beramai-ramai.

Terkejut jugalah Cik Pang mendengarnya.

Bukan apa, melihat dalam Instagram Noorkhiriah, pelakon itu hanya memuat naik foto suaminya yang sakit dan dirawat di hospital.

Cik Pang cuba risik secara lanjut dengan rakan itu, namun katanya cukuplah secara ringkas saja yang dikongsikan.

Kata rakan itu lagi, yang empunya diri pun tidak buka mulut dan bercerita.

Mungkin ada sebab juga Noorkhiriah mengambil langkah berdiam diri.

Apapun, Cik Pang sentiasa doakan yang baik buat Noorkhiriah dan terus sabar.

Cik Pang juga dapati Noorkhiriah seorang yang tabah berhadapan dugaan.

Jika benarlah apa dikongsikan rakan Cik Pang, disarankan ambil tindakan undang-undang jika menjadi mangsa penipuan.

Cik Pang harap Noorkhiriah dan keluarga dimurahkan rezeki serta mendapat perlindungan Allah.

Disiarkan pada: December 29, 2019 @ 5:10am
d