rap

Mia hamil anak kedua

Oleh Najiy Jefri

PELAKON Mia Ahmad berkongsi khabar gembira apabila hamil anak kedua.

Mia ketika dihubungi berkata, dia bersyukur kehamilan yang memasuki bulan keempat itu tidak mengalami sebarang alahan teruk.

“Alhamdulillah, kandungan saya kini berusia empat bulan. Saya mula dapat tahu hamil ketika menggunakan alat ujian kehamilan dan ia positif.

“Saya bersyukur kehamilan kali ini tidak mengalami alahan yang teruk berbanding kehamilan anak sulung. Kali ini saya lebih kuat dan masih boleh keluar serta melakukan kerja,” katanya.

Menurut Mia, dia dijangka bersalin pada Jun ini.

“Saya berharap proses kehamilan dipermudahkan dan doakan yang baik-baik. Soal jantina saya tidak kisah. Saya serahkan semuanya kepada rezeki dan takdir. Saya okay saja,” katanya.

Mia mendirikan rumah tangga dengan penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak selepas setahun berkenalan.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Sayf Issa yang kiri berusia 14 bulan.

Disiarkan pada: January 7, 2020 @ 6:33pm
d