rap

'Asyik gosip kahwin je...'

Oleh Najiy Jefri

PELAKON Emma Maembong menafikan khabar angin mendakwa dia bakal berkahwin tahun ini.

Emma ketika dihubungi berkata, dia sedih apabila setiap tahun gosip sama sering diperkatakan berulang kali.

“Setiap tahun ada saja pihak yang membuat spekulasi saya nak berkahwin. Tahun ini kena lagi gosip sama. Padahal saya tiada perancangan pun. Kalau ada berita baik saya pasti akan kongsikan. Tapi buat masa sekarang belum ada berita gembira yang boleh dikongsikan,” katanya.

Menurut Emma, dia sedar ramai yang ingin melihat dia menamatkan zaman bujang secepat mungkin.

“Saya tak tahu macam mana gosip ini boleh timbul sedangkan saya tidak pernah berkongsi apa-apa kenyataan sebelum ini.

“Ataupun orang beranggapan tahun 2020 adalah tahun istimewa membuatkan ramai fikir saya pun bakal tamatkan zaman bujang.

“Apa yang boleh saya katakan doakan yang baik-baik agar jodoh saya sampai cepat dan segera berkahwin. Saya pun sudah lama menunggu detik bahagia itu,” katanya.

Disiarkan pada: January 7, 2020 @ 7:33pm
d