rap

Ini lah Putri Sara Sefhia

Oleh Syafil Syazwan Jefri

SELEPAS beberapa tahun ‘menyembunyi’ wajah anak tunggalnya di media sosial, Elly Mazlein akhirnya mendedahkan wajah Putri Sara Sefhia yang kini berusia empat tahun.

Elly berkata, dia hanya akan ‘mendedahkan’ wajah anaknya itu untuk tempoh beberapa minggu di media sosial sebelum memadamnya kembali atas faktor privasi.

"Saya nak jaga privasi Sefhia. Lagipun tak lama lagi dia akan mula bersekolah. Jadi, saya tak mahu dia menjadi tumpuan dan privasinya terganggu," katanya.

Wajah Sefhia mula dimuat naik di media sosial sejak majlis malam berinai sempena perkahwinan Elly dengan Mohamad Azlan, Sabtu lalu.

“Apabila dia sendiri sudah besar dan izinkan saya untuk kongsikan gambar-gambarnya, saya akan berbuat demikian. Buat masa sekarang, saya kongsikan gambar sepanjang di majlis malam berinai dan resepsi. Selepas ini akan tutup semula," katanya.

Penyanyi lagu Merry Go Round ini juga tidak merasakan tindakan ibu bapa lain yang gemar berkongsi gambar anak di media sosial sebagai satu kesalahan.

"Tindakan saya untuk menjaga privasi anak saya. Bukan bererti ibu bapa lain yang gemar berkongsi gambar anak mereka sebagai satu kesalahan.

"Setiap orang ada cara tersendiri dalam menjaga dan memastikan privasi anak terjamin. Semua orang ada hak masing-masing," katanya.

Sefhia antara yang menjadi tumpuan ketika majlis malam berinai, akad nikah dan resepsi Elly dan Mohamad Azlan yang berlangsung hujung minggu lalu.

Disiarkan pada: January 22, 2020 @ 4:29pm
d