rap

Ayie Floor 88 dah okay

Oleh Norhayati Nordin

SELEPAS berehat kira-kira dua minggu, penyanyi kumpulan Floor 88, Ayie, 22, kini pulih daripada masalah peti suara dan vokal koyak.

Ayie berkata, dia bersyukur keadaan kesihatannya bertambah baik selepas mendapatkan rawatan dan rehat yang cukup.

"Alhamdulillah, saya kini makin sihat. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya untuk segera pulih. Saya sudah baik sekarang dan kepada keluarga, rakan, peminat termasuk syarikat rakaman, terima kasih diucapkan," katanya.

Ayie atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah berkata, dia kini tidak sabar untuk menghiburkan peminat Floor 88.

"Saya sudah bersedia untuk menyanyi semula. Nantikan kemunculan saya bersama Floor 88 nanti. Terima kasih juga kepada doktor yang merawat dan nasihat diberikan," katanya.

Ayie sebelum ini dilaporkan mengalami masalah kesihatan membabitkan peti suaranya atau vokal koyak yang memerlukan dia berehat seketika.

Selepas mengambil kira pandangan doktor, Ayie perlu berehat selama tiga minggu untuk pulih.

Pada 14 Januari lalu, Ayie rebah di atas pentas ketika menyanyikan lagu Aqilah dalam Konsert Gempak NEGERI fm di Kuala Pilah, Negeri Sembilan sempena Hari Keputeraan Ke-72 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Tidak cukup rehat dan kepenatan akibat jadual Floor 88 yang terlalu padat adalah punca kepada masalah kesihatan Ayie.

Selain Ayie, Floor 88 yang popular dengan lagu seperti Zalikha, Aqilah, Roadblock Hatiku dan Hutang turut dianggotai Eric Fuzi (keyboard), Achoi (gitar), Faliq (bass), Akram (dram) dan Amir (gitar).

Berita berkaitan

Beribu nak jadi penyanyi gantian Ayie Floor 88

Floor 88 cari vokalis gantian

Ayie Floor 88 rebah sebab tak cukup rehat

Ayie Floor 88 rebah tiba-tiba [METROTV]

Disiarkan pada: January 30, 2020 @ 12:11pm
d