rap

Siti buat kejutan di AJL34

Oleh Najiy Jefri

PENYANYI terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza menggamatkan pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) apabila tampil membuat kejutan menyanyikan lagu Anta Permana bersama Bob Yusof.

Sebaik kelibatnya muncul seluruh penonton bersorak dan tidak menjangka kehadiran penyanyi Siti di pentas berprestij itu sebentar tadi.

Siti yang mengenakan busana bewarna merah hati mendapat sorakan dan tepukan gemurah dari penonton yang ternanti-nantikan kelibat penyanyi itu selepas sekian lama tidak muncul di pentas AJL.

Terdahulu Siti tidak menolak kemungkinan untuk menyanyikan lagu Anta Permana yang bersiaran secara langsung di Stadium Axiata, Bukit Jalil hari ini.

Berikutan keputusannya untuk tidak lagi bertanding dalam program Muzik-Muzik, lagu dendangannya itu dipersembahkan oleh Bob apabila ia layak bersaing pada peringkat separuh akhir, November lalu.

Anta Permana adalah lagu ciptaan Hael Husaini bersama Ezra Kong.

Kali terakhir Siti beraksi di pentas AJL pada 2008 iaitu AJL22 menerusi lagu Destinasi Cinta.

Disiarkan pada: February 9, 2020 @ 11:09pm
d