rap

'Tolong kebumikan aku tau' - Abam Bocey

Oleh Ridzuan Abdul Rahman

“KALAU aku mati tolong kebumikan aku tau”.

Itu gurauan Allahyarham Abam kepada rakannya dalam kumpulan Bocey, Achey yang akhirnya menjadi kenyataan semalam.

Ia adalah komen yang diletakkan Abam di Instagram Achey ketika dia mengucapkan selamat hari jadi kepada Abam pada 19 Januari lalu.

Selain itu, Abam turut membalas ucapan itu dengan menulis 'Love u so much...Semoga kita kekal sampai mati’.

Semalam, Achey berkongsi kembali gambar yang pernah dimuat naik itu dengan kapsyen, ‘Telah aku tunaikan Bam...walaupun ianya gurauan yang menjadi kenyataan.

Perkongsian itu mencatat lebih 250,000 tanda suka dan hampir 6,000 komen.

Achey mengibaratkan separuh jiwanya dan Fad hilang dengan kematian Abam.

Mereka juga mahu terus aktif sebagai mengambil semangat Abam, selain mahu turut bertanggungjawab menyalurkan pendapatan buat isteri dan anak serta ibu Abam selepas ketiadaannya.

Disiarkan pada: February 11, 2020 @ 4:57pm
d