rap

Siti Nurhaliza bakal timang cucu

Oleh Najiy Jefri

DATUK Seri Siti Nurhaliza berkongsi anak tirinya Adib Khalid bakal menimang cahaya mata perempuan pada April ini.

Siti yang berkongsi berita gembira itu di Instagram mendoakan supaya kehamilan isteri Adib yang juga pelakon popular Izara Aishah berjalan lancar.

“Alhamdulillah, semua doakan supaya dipermudahkan proses bersalin nanti dan ‘baby girl’ sihat walafiat,” tulisnya di Instagram.

Siti membuat pengumuman itu ketika menghadiri majlis Baby Shower Izara yang berlangsung hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah ibu mentua Izara, Datin Seri Tengku Zawyah Tengku Izham yang turut mengumumkan jantina anak yang dikandung Izara.

Terdahulu Izara, mengumumkan dia hamil enam bulan pada awal tahun ini sekali gus menafikan desas-desus mendakwa dia tidak subur.

Izara dan Adib mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017.

Disiarkan pada: February 13, 2020 @ 7:09pm
d