rap

'Miss you guys so much'

Oleh Najiy Jefri

PENYAMPAI radio dan pelakon Aishah Sinclair meluahkan rasa rindu terhadap Allahyarham Ashraf di Instagram adiknya, Adam empat hari lalu.

Aishah meninggalkan komen pada satu daripada foto yang dimuat naik Adam bersama abangnya yang bercuti ke New York, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

“Miss you guys so much,” tulis Aishah di ruangan komen sambil disertakan emoji menangis.

Ashraf bersama isteri yang juga penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Bunga Citra Lestari memilih New York sebagai lokasi percutian tanpa membawa anak mereka, Noah Aidan Sinclair, baru-baru ini.

Pasangan itu juga mengambil peluang bertemu Adam dan isterinya yang juga penyanyi popular, Yuna yang kini menetap di AS.

Difahamkan Adam dan Yuna kini sedang dalam perjalanan ke Jakarta, Indonesia untuk menziarahi jenazah Ashraf.

Sementara itu, menerusi foto-foto percutian yang dimuat naik BCL di Instagram miliknya, pasangan itu dilihat begitu romantis dan bahagia sepanjang bercuti di bandar raya terkenal itu.

Ashraf meninggal dunia pada jam 4.51 pagi hari ini di Hospital MMC, Jakarta.

Berita Berkaitan

  • Ashraf Sinclair meninggal dunia
  • Rakan artis terkejut pemergian Ashraf
  • Ashraf Sinclair meninggal dunia jam 4.51 pagi
  • 'Semoga syurga terindah buatmu' - Melly Goeslaw
  • Khabar berita ketika mula tugas
  • Jenazah Ashraf dibawa ke rumah
  • Semoga BCL tabah - Laudya Cynthia Bella
  • Disiarkan pada: February 18, 2020 @ 11:26am
    d