rap

Hamzah kena kuat seperti ayah

Oleh Suraya Roslan

“HAMZAH kena kuat seperti ayah. Ayah sentiasa tengok Hamzah.” Itu luahan pilu balu arwah Abam, Nor Hidayah Mohd Ali dalam kapsyen terbaharu di Instagram rasminya.

Video sedih itu menunjukkan anak mereka, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, lapan bulan, sedang menonton video nyanyian Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan atau Abam Bocey.

Lebih menyedihkan, Hamzah dilihat cuba menyentuh skrin telefon berkenaan kerana merindui bapanya yang sudah pergi mengadap Ilahi.

Dalam video itu, Hidayah memainkan lagu Si Kasih nyanyian Abam sebelum Hamzah dilihat leka melihat ayahnya.

“Allah....mengalir air mata, bila ibu melihat Hamzah dengar lagu arwah ayahnya.

“Dengar dan lihat baru dia berhenti menangis. Sabar wahai sayangku, Hamzah kena kuat seperti ayah,” tulisnya dalam kapsyen itu.

Kapsyen dan video itu menyentuh jiwa warganet yang kebanyakan meminta dua beranak itu sabar dan tabah menghadapi kehilangan orang tersayang.

Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan Hamzah sebelum pelawak dan pelakon itu meninggal dunia, 10 Februari lalu.

Disiarkan pada: February 20, 2020 @ 4:10pm
d