rap

Balu Abam tidak pernah minta sedekah

Oleh Sudirman Mohd Tahir

AKTIVIS politik, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menjelaskan balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Nurhidayah Mohd Ali tidak pernah meminta sedekah.

Nurul berkata, perkongsian di Instagram yang memaparkan nombor akaun Siti Nurhidayah adalah atas inisiatif sendiri bagi membantu ibu tunggal anak seorang itu.

"Berani kerana benar! Balu Abam tak pernah minta sedekah. Ini adalah atas initiatif saya. Dan saya minta rakan-rakan 'repost' nombor akaun balu Abam untuk membantu dia membesarkan si kecil itu," katanya.

Menerusi perkongsian sama, Nurul berkata tindakannya itu bukan untuk menuduh mana-mana pihak.

Malah, Nurul yang pernah kehilangan suami tercinta turut memberikan kata-kata semangat pada Nurhidayah.

"Tak terfikir pun nak tuduh keluarga tak membantu. Adakah salah sebagai peminat nak bantu juga? Dosa ka?

"Lillahitaala ini usaha saya sendiri. Tak kenal pun Dayah. Saya simpati sebab pernah rasa menjadi balu.

"Pesan pada Dayah, 'move on'. Jangan harap sesiapa. Buktikan Dayah boleh bangkit!" katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan abang kepada Siti Nurhidayah iaitu Azmier mengesahkan nombor akaun bank yang dimuat naik seorang individu di laman Instagram, adalah milik adiknya.

Azmier berkata, pihaknya memberikan nombor akaun itu selepas ada pihak bertanya dan mahu memberikan sumbangan.

Disiarkan pada: February 23, 2020 @ 4:24pm
d