rap

Sidang media Aliff Syukri batal pula...

Oleh Syafil Syazwan Jefri

USAHAWAN kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri membatalkan majlis sidang media tergemparnya yang akan diadakan petang ini.

Sidang media dirancang itu bagaimanapun dibatalkan Aliff apabila mendapati kes berkenaan masih dalam siasatan lanjut pihak berkuasa.

Terdahulu, Aliff dimaklumkan akan mengadakan sidang media tergempar di Kota Damansara untuk menjelaskan laporan polis terhadapnya yang disyaki memukul anak angkat.

Kejadian yang berlaku pada 28 Februari itu difahamkan terjadi di kediaman usahawan itu dan sehari kemudian, pembantu rumahnya membuat laporan polis sebagai perlindungan diri.

Semalam, Harian Metro melaporkan mangsa yang berusia dua tahun dipukul dengan menggunakan tangan dan kasut serta dicubit sehingga meninggalkan kesan pada badannya.

Suspek dikatakan memukul mangsa yang menangis ketika dia sibuk merakam video untuk kandungan YouTube miliknya.

Harian Metro turut mendapatkan maklumat daripada Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Berita berkaitan

Usahawan kosmetik disyaki pukul anak angkat

Aliff Syukri adakan sidang media tergempar

Disiarkan pada: March 5, 2020 @ 1:37pm
d