rap

'Selamatkanlah mak aku' - Joey BPR

Oleh Ridzuan Abdul Rahman

IBU penyanyi kumpulan Bumi Putra Rockers (BPR), Joey berada dalam kritikal apabila tulang sum-sum pecah hingga melimpah keluar.

Joey, 56, atau nama sebenarnya Johari Mat Rozekhi dalam hantaran di Facebook hari ini berkata, ibunya kini ditempatkan dalam zon merah Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

“Mak aku kritikal, tulang pecah, sum-sum dah melimpah keluar. Kini berada dalam zon merah.

“Mild heart attack. Ya Allah, selamatkanlah mak aku,” katanya.

Sebelum itu, Joey sempat memuat naik status yang meluahkan kesedihan atas kondisi ibunya.

“Ntah (entah) apa malang menimpa nasib aku. Aku dah berusaha yang terbaik untuk mak aku. Aku dah letakkan tempat yg terbaik, servant (pembantu) yang terbaik. Tukang masak terbaik.

“Namun malang menimpa, mak aku jatuh, patah tulang, dimasukkan ke wad hospital. Harap dapat doakan yang terbaik untuk mak aku

“Kadang-kadang aku berdoa Ya Allah, kau cabutlah nyawa aku. Aku tak sanggup nak tengok penderitaan sebegini,” luahnya.

Status dimuat naik itu mendapat reaksi pantas peminat yang mendoakan kesembuhan buat ibunya.

Usaha untuk menghubungi Joey bagi mendapatkan maklumat lanjut tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej dihantar tidak berjawab.

Disiarkan pada: March 6, 2020 @ 8:31pm
d