rap

Zulkifli Zain dijangkiti kuman dalam darah

Oleh Najiy Jefri

PELAKON veteran, Datuk Zulkifli Zain, 74, dikejarkan ke Hospital UiTM Sungai Buloh, Sabtu lalu akibat jangkitan kuman dalam darah dan masalah buah pinggang.

Anaknya, Norzaza Zulkifli berkata, bapanya mengadu sakit perut pada Jumaat lalu dan sukar membuang air besar.

“Saya ingat Papa sakit perut biasa sebab kadangkala dia memang sukar nak membuang air besar.

“Namun pada pagi Sabtu lalu, Papa mengerang sakit perut lagi. Saya melihat mukanya sudah pucat apabila dia beritahu badan sejuk dan tangan menggeletar. Saya dan suami terus menghantarnya ke wad kecemasan di Hospital UiTM Sungai Buloh.

“Pemeriksaan doktor mendapati, ada jangkitan kuman dalam darah dan asid tinggi. Buah pinggang pula agak kering dan bermasalah,” katanya.

Menurut Norzaza, dia bersyukur bapanya kini dalam keadaan stabil namun belum tahu bila dibenar keluar hospital.

“Alhamdulillah keadaan kesihatan Papa semakin baik, tapi belum tahu bila boleh keluar hospital.

“Doktor maklumkan yang pihaknya perlu memantau keadaan kuman dalam darah papa lagi.

Pelakon filem Permintaan Terakhir dan Tiada Esok Bagimu itu kini berkerusi roda kerana menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan paru-paru berair.

Beliau juga lumpuh tangan dan kaki kiri, berdepan masalah jantung lemah serta buah pinggang.

Disiarkan pada: March 9, 2020 @ 5:08pm
d