rap

Wan XOXO kemalangan

Oleh Georgie Joseph

PELAWAK Hazwan atau Wan daripada kumpulan XOXO mengalami kecederaan di bahagian muka, kaki dan tangan selepas terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), semalam.

Isterinya, Zana Farzana berkata, Wan kini berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan wad di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

“Keadaan dia stabil sekarang. Wan baru keluar daripada bilik pembedahan di mana doktor menjahit luka pada bahagian kepalanya.

“Doktor belum maklumkan lagi bila dia akan dibenarkan keluar daripada hospital,” katanya kepada Harian Metro.

Wan dilaporkan terbabit kemalangan apabila kenderaan dipandunya terlanggar serpihan besi yang jatuh daripada lori di lebuhraya itu.

Pelawak itu turut mengalami kesan koyak d bahagian kening kiri.

Terdahulu, rakan artis iaitu Amir Raja Lawak berkongsi mengenai insiden berkenaan di Instagram dan meminta semua mendoakan kesejahteraan Wan.

“Saya sendiri belum berkesempatan untuk melawatnya namun doakan supaya Wan cepat sembuh,” katanya.

Disiarkan pada: March 17, 2020 @ 5:31pm
d