rap

Konsert 4G's 'Gabungan Melodi Terindah' tunda

Oleh Norhayati Nordin

PENGANJUR Konsert 4G’s 'Gabungan Melodi Terindah' iaitu Belbis Sdn Bhd memohon maaf kepada peminat dan penaja kerana terpaksa menunda penganjuran acara berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Fendy Alias berkata penundaan itu dibuat berikutan penularan wabak Covid-19 di negara inii

"Saya minta maaf kepada peminat Hazama, Akim, Black dan Tomok di atas berlakunya situasi tak dijangka ini.

"Apapun, terima pada penaja, pemuzik, media, rakan dan semua yang membantu secara lansung dan tidak lansung untuk penganjuran konsert ini.

"Inshaa-Allah, konsert ini tidak akan dibatalkan tetapi ditangguh sehingga tarikh baru yang akan diberitahu nanti," katanya.

Menurut Fendy, selaku penganjur pihaknya terpukul dengan situasi berlaku, namun apakan daya kesihatan dan keselamatan nyawa lebih utama.

"Penangguhan ini dibuat selaras arahan kerajaan untuk menangguhkan semua aktiviti membabitkan orang ramai dan juga penutupan semua premis termasuk Istana Budaya (IB) sehingga 30 April ini.

"Justeru, kepada peminat yang sudah membeli tiket diminta bersabar serta menyimpan tiket berkenaan kerana ia sah digunakan pada tarikh konsert akan datang mengikut hari yang dibeli sama ada persembahan Jumaat atau Sabtu," katanya.

Fendi berkata didoakan seluruh rakyat Malaysia akan dilindungi dari wabak pendamik yang menular di seluruh dunia ini.

"Diharapkan segalanya beransur pulih dengan segera dan perjalanan ekonomi negara kembali kepada situasi sediakala.

"Apa yang pasti kini keselamatan dan kesejateraan kita semua adalah paling utama," katanya kepada Harian Metro.

Sehubungan itu, Konsert 4G’s 'Gabungan Melodi Terindah' dijadual berlansung pada 17 dan 18 April ini di Panggung Sari, IB.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 18, 2020 @ 10:27pm
    d