rap

Syukur anak negatif Covid-19

Oleh Najiy Jefri

PELAKON Sharifah Sakinah menghadapi situasi mencemaskan apabila usaha membawa anaknya, Anais Adha untuk dirawat ke beberapa pusat perubatan swasta tidak berjaya apabila mereka bimbang dia dijangkiti Covid-19.

Sakinah berkata, anaknya itu menunjukkan tanda-tanda hampir 70 peratus dijangkiti wabak terbabit membuatkan pihak hospital tidak mahu mengambil risiko.

“Anais mengalami sakit tekak, batuk dan demam. Saya bawa dia ke beberapa pusat perubatan swasta sekitar Kuala Lumpur tapi semua tak nak ambil kes dia.

Ini kerana, 70 peratus kemungkinan dia boleh dijangkiti virus Covid- 19 kerana tanda-tanda yang dialami dan komitmen kerja ayahnya sebagai juruterbang, ” katanya.

Bagaimanapun, Sakinah bersyukur apabila ujian yang dilakukan di sebuah pusat perubatan swasta mendapati anaknya itu negatif virus terbabit.

"Semalam kami dapat keputusannya, dan Alhamdulillah ia negatif," tulis Sakinah yang membawa anaknya ke pusat perubatan terbabit dua hari lalu.

Dalam pada itu, Sakinah turut berpesan kepada pengikutnya supaya duduk di rumah dan tidak perlu melakukan aktiviti luar buat masa ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 21, 2020 @ 5:08pm
    d