rap

Covid-19: Bapa saudara Muaz meninggal dunia

Oleh Syafil Syazwan Jefri

BAPA saudara, penyampai radio Kool FM, Muaz Mohamed iaitu Idris Atan disahkan meninggal dunia akibat jangkitan wabak Covid-19, jam 3.22 petang tadi.

Muaz berkata, perkara itu adalah kejutan besar buat seluruh keluarganya dan menjadi berita yang paling ditakutinya.

"Benda yang paling saya takut terjadi juga. Pak Uda saya iaitu Idris bin Atan kini pergi buat selamanya.

"Kami sekeluarga masih terkejut dengan apa yang berlaku. Begitu cepat virus Covid-19 ini merebak," katanya.

Muaz juga meluahkan rasa simpatinya kepada anggota keluarga bapa saudaranya dan mendoakan kesejahteraan roh arwah dipermudahkan segala urusan.

"Moga Mak Uda, Kak Long, Kak Ngah dan Lokman kuat dalam menghadapi dugaan yang getir ini," tulisnya.

Terdahulu, perkara sama dikongsikan anak arwah, Syahira Idris di laman Twitter.

Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara petang tadi, Idris adalah antara empat mangsa yang disahkan meninggal dunia hari ini, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat ini kepada lapan kematian.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 21, 2020 @ 9:12pm
    d