rap

'Cakap, fitnah dan kutuklah apa pun...' - Alha Alfa

Oleh Sudirman Mohd Tahir

USAWAHAN dan jurusolek, Datuk Alha Alfa mendoakan agar bekas isteri, Noor Azlin Ismail mendapat pengganti yang baik.

Alha, 32, berkata, pendedahan yang dibuat di Instagram semalam atas niat untuk menjelaskan status sebenar perkahwinan mereka.

Namun, tidak lama selepas memuat naik perkara itu, Alha mengambil pendekatan memadam status berkenaan.

"Kepada netizen, cakap lah selagi mampu, fitnah dan kutuk lah saya selagi daya. Kepada bekas isteri, saya diam dan berhenti di sini bukan maksud saya kalah, tapi cukuplah niat saya nak beritahu orang yang awak bukan lagi isteri saya.

"Jadi, tidaklah terbatas lagi perjalanan hidup awak. Biar saya terima semua ini. Orang akan mengata saya macam-macam, tapi Allah ada. Semoga awak dapat pengganti yang baik. Aamiin," katanya.

Sementara itu, di Instagram Stories juga, Alha memuat naik beberapa status berbunyi luahan hati bagi menjawab segala tuduhan dan fitnah dilemparkan terhadap dirinya.

"Ya Allah, saat ini aku masih sentiasa menerima fitnah di dunia. Aku tahu aku lelaki, aku kerja buat makeup. Itu skil yang Allah bagi pada aku. Ya, skil itu tak bagus untuk lelaki, tapi bagi aku itu kerja keras aku.

"Aku makeup tak pernah berdua-duaan dengan perempuan. Aku ada PA (pembantu peribadi) teman sewaktu makeup. Aku buka pintu bilik pengantin. Aku ajak ayah pengantin teman kalau mereka ada sekali.

"Aku buat ketika aku memerlukan duit sebab aku minat melukis. Dari suka-suka aku dapat duit, duit makeup aku teruskan pengajian dan bagi mak ayah," katanya.

Dalam masa sama, Alha juga bernada kecewa apabila orang yang disayangi sanggup menipu dan menjatuhkan maruah dirinya.

"Maaflah kalau nak kata aku buka aib pun. aku sudah penat dengan semua ini. Kenapa aku saja yang kena hadap semua ini. Tak nampak langsung kebaikan yang pernah lakukan?

"Jahat semua ka yang aku buat selama ini? Kenapa? Kenapa orang yang aku sayang sanggup menipu? Sanggup nak jatuhkan maruah aku pada orang? Sanggup nak malukan aku pada semua orang?" katanya.

Terdahulu, Alha mendedahkan sah bercerai dengan bekas isteri selepas enam bulan berkahwin.

Alha dan Noor Azlin berkahwin pada 28 September tahun lalu.

Berita berkaitan

'Sah cerai, ujian berat dalam hidup' - Alha Alfa

Alha Alfa dah berpisah?

Disiarkan pada: March 23, 2020 @ 1:43pm
d