rap

Diva AA boleh bayar [METROTV]

Oleh Wartawan HM

SELEBRITI kontroversi, Azwan Ali, 54, mengakui dia seorang yang kaya dan mampu menjelaskan denda sebanyak RM17,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas kesalahan mengeluarkan komunikasi jelik di YouTube pada 24 Mac lalu.

Azwan menerusi perkongsian di Twitter dilihat turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap netizen yang menghentamnya susulan hukuman yang dikenakan terhadapnya.

Rata-rata pengikut di Twitter Azwan meminta dia menjelaskan denda terbabit selain ada yang bersimpati dengan nasib yang menimpanya.

Terdahulu, Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu ke atas Azwan atau nama sebenarnya Mohamed Azwan Ali selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Mahkamah turut memerintahkan selebriti itu menjalani hukuman penjara tambahan enam bulan jika gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, Azwan yang berpakaian serba hitam didakwa menggunakan saluran YouTube 'DIVAAATERSOHOR' secara sedar membuat dan memulakan penghantaran dengan dengan menggunakan perkhidmatan komunikasi yang jelik dengan niat menyakitkan hati orang lain di Pejabat Timbalan Pengarah Hospital Putrajaya pada 24 Mac lalu.

Disiarkan pada: March 27, 2020 @ 4:50pm
d