rap

Bukan dijangkiti Covid-19

Oleh Georgie Joseph

ANNYEONGHASEYO! Kematian selebriti penyiaran Lee Chi Hoon pada 19 Mac lalu sememangnya mengejutkan ramai.

Lebih mengejutkan, apabila ada pihak mencetuskan spekulasi bahawa kematiannya adalah disebabkan dijangkiti virus Covid-19.

Tidak mahu mengeruhkan tuduhan liar itu, ibu mendiang akhirnya tampil dengan penjelasan mengenai khabar angin terbabit.

Yang pasti, dia menafikan dengan keras anaknya meninggal dunia akibat Covid-19 dan dia bukan anggota persatuan keagamaan Shicheonji.

Persatuan berkenaan pernah mencetuskan kemarahan rakyat Korea Selatan selepas didakwa menjadi dalang kepada penyebaran Covid-19 di daerah Daegu, lokasi paling terjejas di negara berkenaan.

Menerusi kenyataan ibunya itu, dia menegaskan anaknya langsung tidak ada kaitan mahupun menepati kriteria individu yang dijangkiti virus itu.

Dia sebaliknya menegaskan mendiang dijangkiti penyakit lain.

“Dia bukan anggota Shincheonji, tidak pernah ke luar negara dan tiada singgah di Daegu. Dia hanya keluar rumah dua kali sepanjang bulan lalu dan terakhir keluar adalah dua minggu lalu.

“Pergerakannya tidak pernah bertembung dengan pesakit virus itu dan dia tidak dijangkit Covid-19. Buktinya, saya ada bersamanya 24 jam dan dia memang bebas daripada virus berkenaan,” katanya.

Katanya, Lee Chi Hoon memang dimasukkan ke hospital sebelum meninggal dunia dan menjalani beberapa ujian.

Mendiang juga dikatakan sempat menjalani ujian Covid-19 sebelum dimasukkan wad kecemasan.

“Pada 14 Mac lalu, dia mula merasa sakit-sakit badan, kemudian menjalani ujian influenza. Keesokan harinya, dia berjum

pa dengan doktor untuk mendapatkan suntikan vaksin influenza berkenaan.

“Pada 17 Mac, anak saya kemudian ke pusat perubatan untuk diuji Covid-19. Dalam perjalanan pulang, suhu badannya turun dan hilang fokus pada bahagian mata sebelum menghubungi pihak kecemasan.

“Dia kemudian ditahan di hospital dan doktor mengesahkan dia dijangkiti viral encephalitis. Pada 18 Mac, kami mendapat keputusan ujian Covid-19 itu dan anak saya disahkan negatif sebelum meninggal dunia esoknya,” katanya.

Dia mengakui dirinya tidak tenteram selepas mendapat tahu Lee Chi Hoon mengalami masalah kesihatan pada tempoh berkenaan. Dia juga tidak dapat berkongsi keadaan sebenar menyebabkan akhirnya dia tampil membuat penjelasan itu.

“Saya menulis penjelasan ini dengan badan menggeletar penuh ketakutan. Luka ini sangat dalam apabila bercerita mengenai pemergian anak saya terutama kepada rakan terdekat yang tertanya-tanya apa sebenarnya terjadi. Jadi, saya kongsikannya di sini,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 2, 2020 @ 6:50am
    d