rap

Tahun kehilangan buat BCL

Oleh Najiy Jefri

SELEPAS hampir dua bulan pemergian suami tercinta, Ashraf Sinclair, penyanyi Bunga Citra Lestari akhirnya memuat naik hantaran di Instagram, hari ini.

Bunga menerusi kemas kini terbaharunya memuat naik foto bergambar hitam keseluruhannya.

Menerusi ruangan kapsyen foto itu, Bunga memberitahu tahun 2020 sangat berbeza apabila banyak kehilangan berlaku.

“Terlalu banyak kehilangan. 2020 memang berbeza. Ayuh jaga diri masing-masing. Sayangi antara satu sama lain.

“Nikmati masa yang dipunya. Mencintai... Memberikan kasih dengan orang yang dicinta kerana kita tahu, waktu sangatlah berharga,” tulisnya.

Rata-rata pengikut memberikan kata-kata semangat kepada penyanyi lagu Cinta Sejati itu dan mendoakan agar Bunga terus kuat melalui hari mendatang.

Semalam, dunia hiburan dikejutkan dengan pemergian penyanyi terkenal , Glenn Fredly.

Terdahulu, suami Bunga yang juga pelakon Malaysia, Ashraf dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada 18 Februari lalu.

Disiarkan pada: April 9, 2020 @ 6:28pm
d