rap

'Kenapa pula nak kejar Zara Zya?' – Azlee Khairi

Oleh Norhayati Nordin

 

PELAKON Azlee Khairi, 30, tidak faham dengan tindakan segelintir warganet yang memintanya supaya 'move on' daripada terus mengejar pelakon Zara Zya.

Azlee atau nama sebenarnya Azlee Khairi Zulah Hainee berkata, tidak ada sebab untuk dia 'move on' daripada sesiapa pun.

"Saya tak faham kenapa perlu timbul lagi perkara seperti ini kerana hubungan dengan Zara hanya sebagai rakan pelakon saja. Dia pun sudah ada teman lelaki.

"Sebelum ini pun, saya sudah jelaskan yang kami memang tak pernah bercinta. Jadi, kenapa saya perlu berhenti mengejar dia? Lagipun, saya memang tak kejar sesiapa," katanya.

Azlee yang kembali semula mewarnai industri seni pada awal tahun ini tetap menjadi perhatian penonton dalam beberapa drama lakonannya seperti Seadanya Aku dan Maaf Tak Indah.

Azlee yang pernah hilang lima tahun dari bidang lakonan kini fokus untuk memantapkan semula kerjayanya. Namun, ia terpaksa ditangguhkan semula berikutan penularan pandemik Covid-19.

"Ada beberapa projek drama saya ditangguhkan sehingga tarikh yang tak pasti. Kini, masa saya memang banyak di rumah. Namun, ia diisi dengan pelbagai aktiviti menceriakan diri sendiri termasuk cuba-cuba berniaga," katanya.

Pada 2011, Azlee pernah menjadi perhatian menerusi lakonan mantapnya dengan Zara dalam drama Love You Mr Arrogant. Malah, untuk kemunculan semulanya, Azlee sekali lagi diganding bersama Zara untuk drama Seadanya Aku dan dari situ pelbagai gosip timbul.

 

Disiarkan pada: May 4, 2020 @ 12:14pm
d