rap

Sharifah Shahora buang ketumbuhan dalam perut

Oleh Najiy Jefri

 

PELAKON Sharifah Shahora bersyukur selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di bahagian rahim dan ovari minggu lalu.

Sharifah berkata, penyakit itu berpunca selepas dia mengalami sakit perut berpanjangan dan keadaannya kini sudah beransur pulih.

"Akhir bulan lalu tiba-tia saya mengalami sakit perut berpanjangan hingga nak buat kerja pun tak larat. Kemudian saya ke klinik untuk buat pemeriksaan dan pakar sakit puan menasihati saya supaya melakukan pembedahan segera," katanya.

Shahora berkata, dia menjalani pembedahan pada 29 April lalu di sebuah pusat perubatan di Lembah Klang dan ia mengambil masa empat jam 30 minit.

Dalam pada itu, Shahora turut menasihatkan kaum wanita supaya menjaga pemakanan dan jangan sesekali takut untuk menjalani rawatan berkenaan penyakit itu.

"Jangan takut kena bedah jika ada ketumbuhan dalam perut. Kalau kita biarkan ia bukan saja memberi kesan di perut, tapi juga pinggang, urat dan seluruh badan.

"Saya pernah mencuba rawatan tradisional dan sakit agak berkurangan tapi disebabkan tidak pantang makan, ia semakin membesar dan akhirnya kena juga lakukan pembedahan," katanya.

 

Disiarkan pada: May 9, 2020 @ 11:57am
d