rap

'Bila kena kritik, penonton pula kena bodoh'

Oleh Sudirman Mohd Tahir

PELAKON, Syazwan Zulkifly menempelak individu yang didakwa penggiat industri apabila tidak boleh menerima kritikan membabitkan drama yang diterbitkan.

Syazwan berkata, maklum balas, komen dan kritikan penonton itu sepatutnya diterima sebagai proses pembelajaran.

"Bila hang (kau) bantai balik penonton dengan cara begitu, tahap dewa betul hang ni. Apabila puji cerita hang 'best', 'kembang' tak ingat.

"Bila kena kritik, penonton pula kena bodoh. Sebenarnya penonton tak nak tahu pun masalah umur, bajet atau apa yang penonton nak tahu, cerita itu menarik atau tidak dan nampak sesuai atau tidak.

"Kalau kene kritik, terima dan belajarlah dari kesilapan. Apa 'level' hang dah takkan buat salah ka? Hang memang betul saja memanjang? Janganlah cakap penonton bodoh," katanya.

Syazwan menerusi status sama di Instagram berkata, individu itu tidak sepatutnya bertindak sedemikian.

"Sebagai orang dalam industri lagi-lagi TV dan drama, hang perlukan penonton dan 'rating' tqu. Itu yang akan menjamin projek seterusnya untuk syarikat hang.

"Syukur lah sikit. Untung ada orang beri maklum balas drama hang walaupun cerita sebegitu. Buatnya orang tak amik kisah lansung, baru hang tau. Buat segan (malu) orang industri saja," katanya.

Bagaimanapun, Syazwan tidak menyatakan secara jelas pihak yang dimaksudkan menerusi status dimuat naik.

Disiarkan pada: May 16, 2020 @ 1:06pm
d