rap

Tom Hanks derma plasma darah

Oleh Agensi

PELAKON terkenal Hollywood, Tom Hanks menderma plasma darahnya sebagai inisiatif untuk membantu memerangi Covid-19 yang kini sudah menular di serata negara di dunia.

 Hanks, 64, sebelum ini pernah disahkan positif Covid-19 bersama isterinya Rita Wilson ketika di Australia kerana pelakon itu menjalani penggambaran filem lakonannya.

Bagaimanapun, pada Mac lalu pasangan ini disahkan bebas pandemik itu dan Hanks beberapa hari lalu berkongsi foto sumbangan plasma darah yang dilakukannya di Instagram.

Dengan kapsyen ringkas ditulis "Plasmatic on 3! 1,2,3 PLASMATIK! Hanx ", perkongsian tiga foto dimuatnaik Hanks itu mendapat lebih 380,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Mengambil pendekatan menutup ruangan komen, Hanks pastinya ada alasan tersendiri berbuat demikian. Bagaimanapun, usaha murni Hanks itu harus dipuji.

Malah, doktor dan ahli epidemiologi berpendapat bahawa plasma dan darah daripada mereka yang sudah berjaya melawan Covid-19, berupaya dikembangkan kepada antibodi untuk membantu pesakit wabak itu dalam situasi kritikal.

Hanks dan isteri yang sudah sembuh sepenuhnya juga pernah berkongsi masa lebih sukar mereka ketika berhadapan dugaan pandemik berbahaya itu dalam satu temu bual yang dibuat secara dalam talian.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: June 1, 2020 @ 9:06am
    d