rap

Tegar dah sedia jadi bapa

Oleh Agensi

​​​​PENYANYI Indonesia, Tegar Septian, 19, kini menyulam bahagia dalam kehidupan rumah tangganya dan akan bergelar bapa tidak lama lagi.

Tegar yang dikenali dengan lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang bernikah dengan wanita pilihan Sarah Sheilka, 22 pada 20 Mac lalu.

Dalam perkongsjan di media sosialnya, Tegar akui amat genbira sebaik mengetahui isterinya hamil dan akan bergelar bapa.

'Alhamdulillah, tahun ini diberi rezeki dan kepercayaan sama Allah SWT. Syukur, ditemani isteri sentiasa di sisi.

"Selainnya, Allah juga memberi kepercayaan untuk Tegar menjadi seorang ayah tidak lama lagi. Alhamdulillah, tulisnya.

Tegar yang berasal dari Subang, Indonesia pernah melakar sejarah tersendiri dalam kerjaya seninya di Malaysia menerusi lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang pada 2013.

Ketika itu, dia berjaya memulakan kerjaya nyanyian sebagai penyanyi terkenal pada usia 11 tahun untuk membantu keluarganya.

Sebelum itu, Tegar menjadi penyanyi jalanan dan apabila mendapat peluang dia sangat berusaha gigih untuk mengubah kehidupan keluarganya daripada terus dibelenggu kemiskinan.

Penerimaan baik pendengar muzik Indonesia dan Malaysia terhadap lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang menjadikan nama Tegar popular.

Bagaimanapun Tegar dikata kembali hidup miskin semula dan ibunya terpaksa menjadi pengemis jalanan selepas dilaporkan mereka menjadi mangsa penipuan.

Disiarkan pada: June 3, 2020 @ 8:52am
d