rap

'Cameo' pun okay - Jeon Hye Bin

Oleh Agensi

PELAKON drama Liver or Die, Jeon Hye Bin tetap berpuas hati meskipun hanya muncul sebagai 'cameo' dalam drama Oh My Baby yang kini disiarkan saluran tvN sejak 13 Mei lalu.

Jeon Hye Bin, 37, berkata penampilan khasnya dalam drama itu untuk watak Kang Hyo Joo dirasakan sangat bermakna dan memiliki impak tersendiri.

"Kemunculan saya dalam drama Oh My Baby hanya sekadar memberi salam istimewa buat penonton. Selain, saya juga adalah salah seorang daripada sebilangan besar peminat drama komedi romantik ini.

"Selain itu, ia juga sebagai tanda penghargaan dan rasa hormat saya pada hubungan baik dengan Nam Ki Hoon yang juga pengarah drama hebat ini," katanya.

Ujarnya, dia juga sangat berterima kasih dengan kerjasama baik diberikan barisan tenaga kerja produksi termasuk dua pelakon utama drama Oh My  Baby iaitu Go Joon dan Jang Na Ra.

"Saya dapat bersantai dengan selesa ketika menjalani penggambaran drama ini. Terima kasih kepada pengarah dan rakan pelakon lain yang sudah lama saya tidak berjumpa," katanya.

  Mengikut laporan Soompi, karekter Kang Hyo Joo muncul sebagai teman lama Han Yi Sang (lakonan Go Joon) datang menemuinya atas hubungan persahabatan lalu mereka.

   Bagaimanapun, babak tindakan Kang Hyo Joo.yang menarik  tangan Han Yi Sang seakan cuba menggodanya berjaya membuatkan Jang Ha Ri (lakonan Jang Na Ra) berasa cemburu.

  Drama Oh My Baby sebanyak 16 episod mengisahkan seorang wanita berusia 39 yang masih bujang menyimpan impian untuk bergelar ibu dan memiliki anak tanpa ikatan perkahwinan.

Disiarkan pada: June 3, 2020 @ 2:30pm
d