rap

Mimi Lana reda putus cinta dengan Syafiq Kyle

Oleh Najiy Jefri

SELEPAS mengesahkan hubungan cinta dengan pelakon, Syafiq Kyle yang terlerai sejak sebulan lalu, pelakon Mimi Lana menyerahkan segalanya kepada takdir.

Mimi menerusi satu entri di Instagram berkata, dia reda jika ditakdirkan dirinya tidak bertemu sesiapa.

"Berikan aku teman yang hatinya terikat pada Mu.

"Tapi jika aku ditakdirkan untuk tidak bertemu sesiapa, hanya pada Mu aku berserah," katanya.

Terdahulu menerusi satu laporan Mimi mendedahkan hubungan dengan pelakon Nur itu sudah berakhir selepas lima tahun bercinta.

Enggan menyalahkan sesiapa, Mimi turut memberitahu mereka berpisah selepas tiada lagi persefahaman.

Disiarkan pada: June 4, 2020 @ 1:08am
d