rap

'Memang rezeki saya pada lagu dangdut' – Reza

Oleh Agensi

PENYANYI dangdut popular Indonesia, Reza Zakarya, 31, mengaku dia pernah berasa tidak selesa dengan genre muzik itu.

Menurut Reza, dia berasa terganggu kerana pernah diejek oleh rakan-rakannya ketika menyanyikan lagu dangdut.

Menerusi bual bicaranya yang dikongsi di saluran YouTube, Reza berkata dia terus membuat keputusan tidak mahu menyanyi lagu dangdut lagi.

"Jadi, saya cuba menyanyi lagu pop dan banyak memilih karya Emilia Contessa untuk menghiburkan orang ramai. Selain itu, saya turut menyertai festival muzik pop.

"Namun, kalau namanya rezeki saya tidak mampu menolak kerana sudah ditetapkan Allah SWT. Sekarang, diakui rezeki saya memang pada lagu dangdut," katanya.

Ujar Reza, dia sendiri tidak menyangka ternyata genre muzik yang pernah ditolaknya kini menjadi penyumbang rezeki utama dan membawa tuah dalam kerjaya seninya.

Baru-baru ini, Reza meraikan ulang tahun ke-10 perjuangannya di YouTube. Malah, pada sambutan itu Reza meraih Silver Play Button kerana memiliki 100 ribu pelanggan untuk salurannya.

Selain meraikan kejayaan di YouTube, Reza juga menjadi tarikan ramai peminat apabila memiliki lebih 1.5 juta pengikut di Instagram.

Justeru, dengan kejayaan besarnya di media sosial dan platform digital jelas menunjukkan betapa Reza disenangi peminat.

Malah, Reza juga sebelum ini pernah digosip mempunyai hubungan rapat yang istimewa dengan pengacara dan pelakon jelita tanah air, Uyaina Arshad, 28.

Ia berikutan, Uyaina menjadi pengacara pertandingan 

D'Academy Asia 5 (DAA5) di Indonesia tahun lalu, manakala Reza bertindak sebagai pengkritik tetap.

 

Disiarkan pada: June 4, 2020 @ 9:22am
d