rap

Hati Shah Rukh amat tersentuh...

Oleh Agensi

PELAKON ternama Bollywood, Shah Rukh Khan mengaku dia sangat terkesan apabila menonton video tular seorang kanak-kanak cuba menyedarkan ibunya yang meninggal dunia di stesen kereta api Muzharpur Bihar, pada hujung Mei lalu.   

Shah Rukh, 54, berkata hatinya sangat tersentuh kerana dia begitu memahami erti kehilangan insan tersayang dalam hidup sekelip mata. 

  "Saya tahu  bagaimana rasa keperitannya. Perasaan itu sangat pilu dan memedihkan. Jadi, anak kecil ini perlu segera dibantu.

  "Terima kasih semua kerana sudah membuat saya dan pasukan bantuan dapat berhubung dengan anak kecil berkenaan.  

"Kami semua berdoa semoga dia mendapat kekuatan untuk menangani perasaan sedih kehilangan ibu bapa yang malang.  Cinta dan sokongan kami sentiasa bersama," kongsinya di Twitter.   

  Sebelum itu, Shah Rukh bersama pasukan badan bukan kerajaan (NGO) dikenali Meer Foundation sudah berkunjung ke rumah datuk kanak-kanak terbabit.

  Kunjungan itu bertujuan memberi sokongan moral termasuk sumbangan bantuan kepada anak kecil itu yang kini tinggal dalam jagaan datuk dan neneknya.

  Apapun, Shah Rukh turut melahirkan rasa puas hatinya dapat bertemu keluarga terbabit dan menyifatkan mereka benar-benar memerlukan sokongan dan bantuan. 

#kw Shah Rukh Khan

#loc Mumbai, India

 -ENDS/    

 

 

 

Disiarkan pada: June 4, 2020 @ 3:01pm
d