rap

Norman Hakim ajak buat #BarzakhChallenge

Oleh Syafil Syazwan Jefri

PELAKON dan pengacara, Norman Hakim berkongsi cabaran #BarzakhChallenge di Instagramnya dengan memuat naik gambar dia di dalam posisi dikafankan seperti jenazah.

Dalam muat naik itu juga, Norman turut berkongsi perkakasan yang diperlukan dan cara-cara untuk melakukan #BarzakhChallenge ini.

"Ini bukan #LathiChallenge, tetapi #BarzakhChallenge namanya. Suka tak suka, semua orang akan lalui terutama orang Islam dengan kaedah macam ini.

"Kalau saja nak 'try & feel' #BarzakhChallenge ini, Insya-Allah senang saja.Saya dah cuba, Masya-Allah memang menginsafkan terutama orang yang banyak dosa macam saya," tulisnya.

Menurutnya, cabaran itu juga adalah sebagai persediaan untuk memudahkan keluarga sekiranya kita dijemput untuk kembali ke Rahmatullah.

"Barang-barang yang diperlukan untuk #BarzakhChallenge ini agak ringkas sikit dari #LathiChallange. Yang seronoknya boleh simpan terus. 

"Andai diperlukan bila betul-betul 'sampai masa' nanti, benda dah ada. Memudahkan sikit urusan orang-orang yang hidup di sekeliling untuk uruskan kita. Cuma beritahu saja isteri ,anak-anak atau waris di mana kita simpan," tulisnya lagi.

Dalam hantaran di Instagram itu, Norman juga berkongsi sedikit mengenai kisah Imam Al-Ghazali.

"Saja nak kongsi, pada 19 Disember 1111 Hijrah, periwayat hadis kita Imam Al-Ghazali, Allah tarik nyawa dengan cara begini. Dia kafankan diri dia sendiri, posisikan diri dia pada arah kiblat dan Allah terus tarik nyawanya sebab dia dah tahu saat ajal dia nak tiba," tulisnya.

Perkongsian dibuat Norman itu mendapat pelbagai reaksi positif dan tidak kurang juga yang terkejut di ruangan komen muat naik yang hampir mencecah 16,000 'like' itu.

Disiarkan pada: June 6, 2020 @ 3:39pm
d