rap

Graduasi di alam maya

Oleh Syafil Syazwan Jefri

 

YOUTUBE Originals bakal meraikan pelajar yang menamatkan pelajaran atau bergraduasi tahun ini dengan cara tersendiri memandangkan dunia dilanda krisis pandemik Covid-19.

Untuk itu, YouTube menerbitkan satu acara khas dikenali sebagai Dear Class of 2020 yang akan berlangsung di laman penstriman itu hari ini.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan, Ketua Kandungan Global YouTube, Susanne Daniels berkata, ia sebagai satu cara untuk terus mengangkat tradisi secara maya.

"Graduasi adalah tradisi buat pelajar dan keluarga yang dinanti-nantikan dan dalam situasi sekarang, YouTube ingin merealisasikannya secara maya.

"Kami berharap, acara ini dapat memberikan manfaat dengan kehadiran beberapa ahli panel serta barisan selebriti yang akan menghiburkan," katanya.

Acara itu akan turut disertai oleh bekas presiden Amerika Syarikat, Barack Obama serta isteri, Michelle Obama.

Selain itu, antara barisan selebriti yang akan turut serta adalah Beyonce, BTS, Lady Gaga, Alicia Keys, Tom Hanks dan ramai lagi.

Acara Dear Class of 2020 sepatutnya berlangsung semalam, namun ditunda untuk memberi laluan kepada proses pengebumian mendian George Floyd yang diadakan pada tarikh sama.

Acara berdurasi empat jam itu boleh ditonton di laman YouTube.

Disiarkan pada: June 7, 2020 @ 9:13am
d